posted quite late, but post dated back to March 11 to mark the date.
This is the screenshot of the JMA (Japan Meteorological Agency) page showing the magnitude of the earthquake.
Tingkap dan sliding door bergegar lebih kuat. lampu yang tergantung tu bergoyang dengan gilanya, dah tak macam biasa... kami terus je keluar. Biasanya bila ada gempabumi dalam 3,4 ikut skala jma, orang-orang Jepun sekeliling rumah tenang je; tapi kali ni mereka pun turut keluar.
"wah, ini sudah serious"... tanah bergoncang. boleh rasa melambung badan bila kita berdiri atas tanah. kabel elektrik kat atas tu bergoyang dah macam budak-budak main lompat getah je. kalau putus, mmg teruk ni.
Lepas beberapa ketika, keadaan reda sekejap. belum sempat buat apa-apa, dah mula balik. Aku ajak jiran-jiran pegi ke koen (taman). kami bawak beg emergency, dan terus ke taman yang terdekat. Di sana dah ramai orang Jepun yang keluar. Masing-masing duduk tertunggu-tunggu. Ada juga pengumuman dari speaker di taman sebelah, tapi haram tak faham. Sebab tak berapa jelas. Talian telefon jammed!... tak boleh pakai. Sidenote: tapi mujur juga handphone casio AU ni ada early warning system. bila ada je gempa, sebelum kita terasa, phone tu dah menjerit. alarm dia pun berbeza dari ringtone yang biasa dalam phone. anak-anak memang alert la dengan alarm ni, bunyi je terus masuk bawah meja.
Cuaca masih sejuk, ini yang risau. sebab kalau kena keluar rumah waktu malam mmg susah la. Nak balik rumah pun dah tak berani. Masing-masing dok berbincang macam mana nak buat. Ingat nak pegi rumah member di Urasa sebab area situ tak kena sangat. Kami risaukan tsunami.
Petang tu, tak silap dah dapat tahu ada ancaman tsunami. tapi area Gyotoku tak serious sangat ancamannya sebab terlindung.
Malam, tak berani nak tidur. berita dari kawan-kawan pun dapat melalui facebook. Pukul 4 pagi lebih kurang, ada gempa yg epicenternya di nagaoka!. fuh, kalau jadi la pegi sana pagi tadi, mmg pegi masuk ke pusat gempa la. so sebenarnya, lebih baik stay je kat rumah. kalau jadi apa-apa masa dalam perjalanan lagi la susah.
Esoknya, orang Jepun semua sibuk. Kami tak sedar yang orang Jepun semua tengah stok makanan kat rumah. habis semua barang-barang makanan diroang beli. Roti-roti yang boleh dimakan oleh kita, habis. yang tinggal bun-bun yang diragui kandungannya, jadi tak boleh beli.
Tak pernah tengok suasana macam ni. Orang-orang tokyo memang sibuk, dan kalut. Tapi dalam kekalutan ni pun, masih teratur. Kereta berbaris panjang untuk isi minyak. ada ketika kena berbaris hampir sejam untuk isi minyak. Tapi tak ada yg merusuh, tak ada yang potong barisan, tak ada bunyi hon pun.
Memang sedih terpaksa tinggalkan Jepun dalam keadaan macam ni. Ramai kawan-kawan Jepun ingat kami nak balik Malaysia sebab gempabumi/tsunami ni... Banyak rancangan terbantut kerana kejadian ni. Konvo universiti seleurh Jepun pun batal. Memandangkan cuaca sejuk, pegi ke Waseda pakai sempoi saja, amik cert kat opis. Sedih jugak tak dapat bergambar konvo yg proper. Ada jugak student yang dah tempah baju konvo awal-awal, pakai jugak. Kami hanya pergi satu keluarga, amik gambar sikit-sikit, singgah akihabara, balik.